SWM News – SWM Environment Sdn Bhd https://www.swm-environment.com Mon, 09 Nov 2020 07:04:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.5 https://www.swm-environment.com/wp-content/uploads/2016/11/cropped-swm-logo-32x32.png SWM News – SWM Environment Sdn Bhd https://www.swm-environment.com 32 32 Majlis Bandaraya Hantar Jentera Pembersihan Bersih Jalanraya https://www.swm-environment.com/majlis-bandaraya-hantar-jentera-pembersihan-bersih-jalanraya/ Fri, 06 Nov 2020 06:56:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18628 (Seremban, 05.11.2020) Bagi memulihkan semula Taman Happy dengan secepat mungkin, Majlis Bandaraya juga turut menghantar jentera pembersihan bagi membersihkan lumpur di jalan raya. Syarikat SWM Environment juga membantu mangsa banjir membersihkan sampah dan telah meminta penduduk meninggalkan sampah diluar rumah untuk dilupuskan oleh pihak SWM Environment.


Pegawai yang bertugas menyatakan bahawa mereka mula menghantar jentera dan anggota pada jam 8:00 pagi membersihkan tiga buah lorong di Taman Happy dan dibantu oleh SWM untuk membersihkan sampah. Kerja pembersihan dijangka selesai hari ini.


Dalam masa yang sama, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Zazali, Ahli Majlis, Li Hanqiang, Zhuang Xuehe dan beberapa pegawai lain turut membuat lawatan di kawasan bencana pada hari ini bagi melihat keadaan sebenar dan menyampaikan takziah kepada mangsa bencana.

]]>
Operasi SWM Environment Terlibat Dalam Aktiviti Pembersihan Akibat Bencana Di Negeri Sembilan https://www.swm-environment.com/kapsyen-selepas-bencana/ Fri, 06 Nov 2020 06:52:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18625 Selepas bencana, terdapat banyak sampah dan SWM Environment Sdn Bhd membersihkan perabot yang rosak disebabkan bencana.

]]>
PEK SWM KASIH COVID-19 LINDUNGI ANGGOTA BARISAN HADAPAN https://www.swm-environment.com/pek-swm-kasih-covid-19-lindungi-anggota-barisan-hadapan/ Fri, 30 Oct 2020 06:50:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18622 (JOHOR BAHRU, 29 OKTOBER) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti tanggungjawab sosial korporat, SWM Kasih telah mengagihkan Pek SWM Kasih COVID-19 kepada 4,593 anggota kerjanya yang berada di barisan hadapan dalam perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi melindungi dan mencegah jangkitan wabak COVID-19.

SWM Environment dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, pengagihan pek barangan perlindungan dan kebersihan diri seperti pelitup muka, pensanitasi tangan dan cecair pencuci anti-bakteria membabitkan seluruh anggota kerja SWM Environment di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor.

Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris, langkah perlindungan dan pencegahan COVID-19 tersebut telah mula dilaksanakan secara berterusan sejak bulan Februari lalu dan dipergiat terutama dalam keadaan peningkatan semula kes jangkitan direkodkan. Jelas beliau, pek perlindungan diri tersebut membolehkan setiap anggota kerja SWM Environment sentiasa bersedia untuk bertugas di lapangan secara harian.

“Pihak SWM Environment amat menghargai peranan dimainkan anggota kerja termasuk kontraktor yang berada di barisan hadapan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara.”

Tambah beliau, inisiatif SWM Kasih COVID-19 tersebut merupakan kesinambungan daripada inisiatif yang disalurkan kepada penerima golongan berpendapatan rendah (B40). Di samping itu, pihak SWM Environment mengajak orang ramai untuk bersama memutuskan rantaian wabak COVID-19 dengan melupuskan sisa pelitup muka secara tertib bagi menghindarkan risiko jangkitan.

]]>
Peniaga Digesa Memasang Perangkap Minyak. https://www.swm-environment.com/peniaga-digesa-memasang-perangkap-minyak/ Thu, 29 Oct 2020 06:48:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18619 (Bahau, 28.10.2020) Pasar Bahau, Pusat Penjaja telah dibersihkan dan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Jempol telah melaksanakan kerja pembersihan sendiri.


Sempena sambutan World Cleanup Day, Majlis Perbandaran Jempol dengan SWCorp, SWM Environment dan Persatuan Pusat Penjaja telah melaksanakan kerja pembersihan di Pusat Penjaja dan pasar awam semalam.


Kerja-kerja pemotongan pokok dan rumput dilaksanakan dan semua unit fokus kepada kerja pembersihan longkang di pusat penjaja. Longkang yang tersumbat telah dibersihkan dengan menggunakan air bertekanan tinggi. Raja Norazli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol turut melaksanakan kerja pembersihan.


Ketika kerja pembersihan, pihak berkuasa mendapati terdapat sejumlah besar puntung rokok telah terkumpul di dalam longkang pusat penjaja dan jelas pencemaran dilakukan oleh manusia sendiri.


Raja Norazli menyatakan bahawa punca utama longkang tersumbat disebabkan oleh sisa makanan dan sisa minyak terpakai yang dibuang ke dalam longkang akhirnya mengeras dan menyekat aliran air longkang mengalir dengan baik.


Beliau memberitahu berdasarkan arahan Kementerian Kesihatan tidak membenarkan merokok di tempat awam, perniagaan dan tempat makan wajib dipatuhi dengan tidak merokok di pusat penjaja dan tidak membuang puntung rokok dan sampah sesuka hati.


Tambahan pula longkang tersumbat merupakan masalah di pusat penjaja dan kebersihan. Difahamkan bahawa longkang baru sahaja dibersihkan dua hari lepas dan ketika kerja pembersihan awam dilaksanakan sekali lagi didapati air longkang masih melimpah.


Galak Penjaja Memasang Perangkap Minyak


Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Jempol, Zheng Wei Teng menyatakan bahawa majlis perbandaran menggalakkan pengusaha makanan untuk memasang perangkap minyak. Beliau turut menggesa agar peniaga tidak membuang minyak terpakai ke dalam longkang bagi mengelakkan pencemaran.


Beliau memberitahu bahawa Persatuan Penjaja Bahau sehingga kini mengutip RM20 setiap bulan di setiap gerai. Oleh kerana sukar mendapatkan bantuan daripada semua pengusaha bagi kos pembersihan bagi 6 buah longkang di pusat penjaja tersebut. Saya berharap kesemua peniaga memberikan kerjasama dengan pihak persatuan bagi menjaga kebersihan di pusat penjaja tersebut.


Fu Dunan, Pengerusi Persatuan Penjaja Pusat Penjaja Bahau, memberitahu bahawa sehingga kini hanya 70% penjaja membayar RM20 bagi kerja pembersihan. Yuran yang dikenakan ialah untuk membersihkan 6 buah longkang. Apabila mempunyai lebihan akan digunakan untuk melaksanakan kerja pembaikan pusat penjaja, membeli barangan keperluan untuk tandas awam dan membayar bil utiliti.

]]>
Pek Kasih Covid-19 beri manfaat 4,593 pekerja SWM Environment di Johor https://www.swm-environment.com/pek-kasih-covid-19-beri-manfaat-4593-pekerja-swm-environment-di-johor/ Thu, 29 Oct 2020 06:43:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18616 JOHOR BAHRU, 29 OKT: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui entiti tanggungjawab sosial korporat (CSR), SWM Kasih mengagihkan Pek SWM Kasih Covid-19 kepada 4,593 pekerja kebersihan di negeri ini.


Pengurus Wilayah Johor, Mohd Zan Arris, berkata inisiatif SWM Kasih itu melengkapi Langkah Perlindungan dan Pencegahan yang dilaksanakan secara berterusan sejak bulan Februari lalu bagi menghindari risiko jangkitan membabitkan warga kerja SWM Environment.


Kata Mohd Zan ia bagi memastikan kelancaran operasi perkhidmatan terutama dalam keadaan semasa yang menyaksikan peningkatan kembali kes penularan Covid-19.


“Pengagihan Pek SWM Kasih Covid-19 mengandungi barangan penjagaan kebersihan diri seperti pelitup muka, pensanitasi tangan dan barangan kebersihan diri anti-bakteria.


“Ia bagi memenuhi keperluan dan membolehkan setiap warga kerja SWM Environment sentiasa bersedia dengan pek perlindungan diri tersebut yang boleh dibawa semasa bertugas di lapangan secara harian,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika gimik penyerahan Pek SWM Kasih Covid-19 kepada petugas barisan hadapan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor.


Tambahnya lagi, inisiatif SWM Kasih Covid-19 telah mula dilaksanakan sejak April lalu dengan sumbangan disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah (B40).


Ujarnya lagi, penerima manfaat inisiatif SWM Kasih berkenaan telah diperluaskan kepada warga kerja SWM Environment dan kontraktor bagi menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan kebersihan negara.


Sementara itu kata Mohd Zan, pihak SWM Environment komited untuk membudayakan norma baharu dan memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian wabak
COVID-19.


“SWM Environment juga menyeru orang ramai untuk bersama memutuskan rantaian wabak tersebut dengan melupuskan sisa pelitup muka secara tertib bagi menghindarkan risiko jangkitan,” katanya lagi,


Johorkini

]]>
Pusat Penjaja Bahau Dibersihkan. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Jempol Laksana Pembersihan Sendiri https://www.swm-environment.com/pusat-penjaja-bahau-dibersihkan-yang-dipertua-majlis-perbandaran-jempol-laksana-pembersihan-sendiri/ Thu, 29 Oct 2020 06:40:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18613 (Bahau, 28.10.2020) Pasar Bahau, Pusat Penjaja telah dibersihkan dan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Jempol telah melaksanakan kerja pembersihan sendiri.


Sempena sambutan World Cleanup Day, Majlis Perbandaran Jempol dengan SWCorp, SWM Environment dan Persatuan Pusat Penjaja telah melaksanakan kerja pembersihan di Pusat Penjaja dan pasar awam semalam.


Kerja-kerja pemotongan pokok dan rumput dilaksanakan dan semua unit fokus kepada kerja pembersihan longkang di pusat penjaja. Longkang yang tersumbat telah dibersihkan dengan menggunakan air bertekanan tinggi. Raja Norazli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol turut melaksanakan kerja pembersihan.


Ketika kerja pembersihan, pihak berkuasa mendapati terdapat sejumlah besar puntung rokok telah terkumpul di dalam longkang pusat penjaja dan jelas pencemaran dilakukan oleh manusia sendiri.


Raja Norazli menyatakan bahawa punca utama longkang tersumbat disebabkan oleh sisa makanan dan sisa minyak terpakai yang dibuang ke dalam longkang akhirnya mengeras dan menyekat aliran air longkang mengalir dengan baik.


Beliau memberitahu berdasarkan arahan Kementerian Kesihatan tidak membenarkan merokok di tempat awam, perniagaan dan tempat makan wajib dipatuhi dengan tidak merokok di pusat penjaja dan tidak membuang puntung rokok dan sampah sesuka hati.


Tambahan pula longkang tersumbat merupakan masalah di pusat penjaja dan kebersihan. Difahamkan bahawa longkang baru sahaja dibersihkan dua hari lepas dan ketika kerja pembersihan awam dilaksanakan sekali lagi didapati air longkang masih melimpah.


Galak Penjaja Memasang Perangkap Minyak


Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Jempol, Zheng Wei Teng menyatakan bahawa majlis perbandaran menggalakkan pengusaha makanan untuk memasang perangkap minyak. Beliau turut menggesa agar peniaga tidak membuang minyak terpakai ke dalam longkang bagi mengelakkan pencemaran.


Beliau memberitahu bahawa Persatuan Penjaja Bahau sehingga kini mengutip RM20 setiap bulan di setiap gerai. Oleh kerana sukar mendapatkan bantuan daripada semua pengusaha bagi kos pembersihan bagi 6 buah longkang di pusat penjaja tersebut. Saya berharap kesemua peniaga memberikan kerjasama dengan pihak persatuan bagi menjaga kebersihan di pusat penjaja tersebut.


Fu Dunan, Pengerusi Persatuan Penjaja Pusat Penjaja Bahau, memberitahu bahawa sehingga kini hanya 70% penjaja membayar RM20 bagi kerja pembersihan. Yuran yang dikenakan ialah untuk membersihkan 6 buah longkang. Apabila mempunyai lebihan akan digunakan untuk melaksanakan kerja pembaikan pusat penjaja, membeli barangan keperluan untuk tandas awam dan membayar bil utiliti.

]]>
KITARecycle Tawar Wang Tunai Buat Pengguna https://www.swm-environment.com/kitarecycle-tawar-wang-tunai-buat-pengguna/ Mon, 26 Oct 2020 06:39:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18610 MEMBUDAYAKAN AMALAN 3R https://www.swm-environment.com/membudayakan-amalan-3r/ Sat, 24 Oct 2020 06:37:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18607 SWM ENVIRONMENT TERUS PERKENAL PROGRAM KITAR SEMULA BERGANJARAN https://www.swm-environment.com/swm-environment-terus-perkenal-program-kitar-semula-berganjaran/ Sat, 24 Oct 2020 06:35:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18604 (JOHOR BAHRU, 22 OKTOBER) SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) yang kini aktif mengembangkan program kitar semula berganjaran, KITARecycle telah menjalinkan kerjasama dengan Johor Land Berhad (JLand) melalui penganjuran prorgam Clean & Green bagi membentuk kesedaran kakitangan JLand tentang Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (SAS) dan memelihara kebersihan persekitaran.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kitar semula kini menjadi amalan asas bagi memelihara alam sekitar yang boleh mengurangkan penjanaan sisa pepejal sekali gus memastikan keselesaan, kebersihan dan keselamatan di pejabat dan kediaman.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan JLand, Datuk Sr. Akmal Ahmad pula menyifatkan program KITARecycle tersebut memberi nilai tambah kepada program Clean & Green yang dianjurkan syarikat hartanah tersebut. Program KITARecycle bakal merancakkan lagi pembudayaan amalan kitar semula dalam kalangan kakitangan JLand menjadi sebahagian aktiviti bulanan mereka.

Orang ramai atau komuniti yang berminat bagi melaksanakan program KITARecycle boleh menghubungi SWM Environment melalui kiriman e-mel di alamat support@kitarecycle.com atau maklumat lanjut diperoleh daripada laman sesawang, www.kitarecycle.com.

]]>
Mutiara Johor Land gabung jalin amalan 5S dengan KITARecycle https://www.swm-environment.com/mutiara-johor-land-gabung-jalin-amalan-5s-dengan-kitarecycle/ Fri, 23 Oct 2020 06:29:00 +0000 https://www.swm-environment.com/?p=18601 JOHOR BAHRU, 23 OKT: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyokong usaha rakankorporat, Johor Land Berhad (JLand) membudayakan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal).


Pengurus besar korporat syarikat itu, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, inisiatif itu dilaksanakan melalui program kitar semula berganjaran, KITARecycle yang dilancarkan sempena program ‘Clean & Green’ di Kompleks Mutiara Johor Land, kelmarin.


Kata Mohd Norlisam, amalan 5S dan 3R saling melengkapi dalam usaha mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat serta mengurangkan pembaziran sumber. “Kaedah Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca (SAS) dan kitar semula wajar dipraktikkan bagi melaksanakan komponen sisih yang digariskan di bawah amalan 5S.


“Kitar semula merupakan amalan asas dalam melestarikan persekitaran kerja yang kini menjadi perhatian khusus agensi awam dan swasta,” katanya.


Jelas beliau lagi, SWM Environment melalui program KITARecycle sedia untuk membantu setiap organisasi melaksanakan inisitif tersebut yang memudahkan pemantauan aktiviti kitar semula dan penebusan mata
ganjaran melalui aplikasi mudah alih KITARecycle secara dalam talian.


Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan JLand, Datuk Sr Akmal Ahmad pula menyifatkan program KITARecycle memberi nilai tambah kepada program ‘Clean & Green’ yang dianjurkan syarikat hartanah tersebut.


Ujarnya, program KITARecycle bakal merancakkan lagi pembudayaan amalan kitar semula dalam kalangan anggota pekerja JLand yang bakal menjadi sebahagian aktiviti bulanan mereka.


Dalam pada itu, orang ramai dan organisasi yang berminat menjadikan program KITARecycle pengisian aktiviti komuniti dan inisiatif kelestarian untuk menghubungi pihak SWM Environment melalui pesanan
WhatsApp 012-618 00882 atau kiriman e-mel kepada support@kitarecycle.com serta boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada laman sesawang KITARecycle di pautan www.kitarecycle.com.

]]>